Thursday 3 October 2013

Spoiled Child

Ditegur, balasnya amarah...
Tak tahu apa patut dibuat, segala pesan orang tua tak diendahkan
Macam-macam dah buat, ada parent tu sampai bawak pergi jumpa bomoh
Tapi tak cukup..Anaknya masih nakal, degil...

Marah ibunya sendiri kalah si tanggang..
Kata orang biasalah akhir zaman..
Takkan alasan akhir zaman tu jadi sebab taknak ajar anak elok-elok?
Salah siapa ibu yang mengandung kah?

Ya, salah si ibu...Juga salah si bapa yang mengandungkan ibu..
Kenapa? Kalau aku cakap macam ni mesti orang marah.
Kononnya Imam tak boleh di warisi, bapak baik tak semestinya anak baik.
Dah tu anak tu anak apa? Anak manusia ke anak binatang?
Binatang pun tahu jaga anak sampai anak-anak mereka cukup matang baru ditinggalkan.
Anak terumbang ambing, dia plak sibuk kejar itu ini..
Nak naik pangkat lah..nak beli rumah besarlah... Apa lah...
Sampai anak pun entah kemana...
Dah tu macam mana?

In the first place, apa perasaan korang bila anak korang lahir?
Kecil molek saja..Tapi kenapa bila setahun, dua tahun jadi macam tu?
Orang kata, kalau parents garang anak jadi tertekan dan memberontak diluar..
Dah tu nak bagi anak buat semuanya bebas? Alih-alin jadi anakku sazali pula.

Dah tu macam mana?
Semua salah? Jadi lah seorang bapa..Suruh anak buat itu, ajar dia apa baik atau pun tak..
Jangan setakat ajar saja, perhatikan dia..bagi guide..kalau anak buat baik..kasilah pujian..
Ni tahu marah saja...Mana tak tertekan budak-budak sekarang..
Apa parents pernah tanya ke anak-anak mereka apa yang mereka rasa hari ni?
Ataupun tahu apa yang anak mereka idamkan?
Kalau benda yang mereka rasa dan idamkan itu salah, jelaskanlah kenapa salah..
Ni terus marah...
Kalau benda tu betul, tolong lah sama-sama anak korang capai...
Huh!


- Aku bukan seorang ibu..tapi aku pernah bermimpi tentangnya..bukan nak tunjuk pandai..tapi just share je..

No comments:

Post a Comment