Sunday 20 October 2013

Luahan #2

Aku rasa mahu menulis,tetapi aku langsung tidak tahu apa yang aku mahu tulis. Dalam fikiran ku sedang bermain-main akan suatu. Iaitu kehidupan aku sebagai seorang gadis muslim yang biasa, apakah yang harus aku lakukan? Aku rasa mahu ketawa pada orang-orang disekeliling aku yang memandang rendah pada aku. Aku tak punya apa-apa. Pakaian yang dipakai yang sama saja. Dari baju,tudung,kasut dan yang lain-lain,semuanya sama. Kadang gilir-gilir saja pakainya. Ilmu pun,apa yang ada? Nak cakap bahasa Inggeris pun tak tau kan? Berita tentang busines negara kita pun tak tahu kan? Skill pula apa yang ada? Nak taip surat pun terhegeh-hegeh. Begitulah aku,pernah juga aku disindir sampaikan aku pejam mata dan terus berpaling,agar air mata aku tak kelihatan.

Ingin aku nyanyikan pada mereka isi hati ini. Aku bukan tak mahu bersungguh-sungguh. Tapi aku sudah letih,sehinggakan apa yang aku dapat tak pernah aku rasa gembira. Kerana itu bukan yang aku mahu,hatiku mahukan sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Jika diberikan kemewahan dunia,tidak aku gembira. Jika diberikan kasih sayang, tidak aku puas. Kerana hidup sebagai manusia membuatkan aku tidak puas. Semakin diberi semakin meminta. Hinggakan perasaan ini mengabaikan segalanya. Apapun yang aku mahu dan juga yang aku dapat,aku tak peduli. Itu tidak penting bagi aku,kerana aku bukannya akan menjadi manusia selamanya. Jasad ini juga akan reput suatu hari nanti.

Dan diriku ibarat menghitung hari-hari dalam masa yang sama aku mencari jawapan hatiku ini. Apakah yang aku mahu? Dimana tempatku? Siapakah aku? Kenapa aku? Dan macam-macam lagi yang berlegar-legar dikepala aku. Aku pun tak tahu apa lagi yang aku boleh tulis. Kalaupun aku terus menulis,mesti sama saja. Cuma corak penulisan saja yang berbeza,kerana aku masih mencari. Hari-hari aku sama, tiada hal lain yang mampu mendahului fikiran aku. Aku pun tak pasti, mahu menangis ataupun tidak. Air mata yang keluar itu hanya gambaran yang hati aku sedang bergetar didalam. Yang hati aku akan selalu menangis, yang tak mampu dilihat ataupun dirasa oleh orang lain. Tapi aku.

No comments:

Post a Comment