Saturday 31 August 2013

Luahan

Letih merayau-rayau ke mana saja yang tercapai
Mencari tempat untuk melepaskan segala resah (home)
Tiada guna mengadu pada seseorang yang punyai tempatnya sendiri
Kerana mereka tak pernah tau erti mencari dan menumpang ketenangan dari orang lain
Mereka tidak pernah merasa apa yang aku rasa, di mana 'home' adalah mana-mana sahaja tempat yang aku tidur mahupun berehat
Jika aku kata aku tidak rancang semua ni, aku tipu
Sebab aku telah dilahirkan untuk menjadi seorang wanita yang berbeza dari yang lain
Yang tidak dimiliki sesiapa, yang ada untuk semua
Yang tidak punya apa-apa, yang inginkan apa saja
Dengan pengalaman-pengalaman yang dialami
Parah, ribut, berapi, layu, kering dan kosong
Dan impianku yang inginkan kebebasan telah menakutkan aku sehinggakan aku tak mampu bercerita tentangnya
Dan menolak aku kepada suatu kegilaan yang meletihkan dan mengelirukan aku