Wednesday 27 November 2013

Aku sebuah botol minuman

Botol air kosong diisi. Habis minum isi lagi. Dah habis kemudian isi lagi. Ada airnya dibuang begitu saja digantikan dengan air yang baru. Sehinggalah botol itu tak mampu digunakan lagi barulah botolnya yang akan dibuang. Riwayat hidup, ‘Aku sebuah botol minuman’. Haha. Dulu masa zaman-zaman sekolah selalu kena buat karangan macam tu. Tapi kita ni manusia suka buat sesuatu tanpa mendalaminya. Karangan yang kita karang itulah yang member nyawa kepada benda yang dikarang. Sebuah botol minuman yang dahulunya tidak pernah terfikir pun tentang riwayat hidupnya kini sudah bernyawa dalam sebuah karangan yang dikarang oleh rata-ratanya anak-anak sekolah rendah.

Tapi benarkah botol itu bernyawa? Tiap-tiap sesuatu yang dicipta itu akan musnah seperti botol minuman tersebut akan buruk dan dibuang dan terus reput. Ada juga yang dibakar, untuk di kitar semula. Ya kehidupan baru. Bahkan manusia sekalipun akan musnah kerana jasad juga ciptaan yang maha Agung Allah SWT. Juga nanti kita akan di bangkitkan kembali dalam keadaan serba baru.
Aku sebuah botol minuman, aku juga punya perasaan. Amat gembira kerana masih baru. Tapi bila sudah tua, macam tahu saja akan dibuang. Ya, hidup manusia pun begitu. Akan tiba masanya seseorang yang selalu gembira diwaktu mudanya akan kesedihan di hari tua kerana meratapi sedihnya dirinya yang akan meninggalkan alam bumi ini. 

Tapi sebagai sebuah botol minuman, apa dia boleh buat? Dia bukannya tuannya. Berbeza dengan manusia. Kita boleh berdoa, kita tahu yang tuan kita mendengar tiap-tiap permintaan. Dan kita harus yakin. Siapa tahu, botol minuman itu pun berharap. Dan berharap itu juga satu permintaan dan juga doa. Cuma bezanya Allah maha mengetahui, maha segala-galanya. Sangat dekat dengan ciptaannya. Bahkan sebesar zarah sekali pun yang terdetik dihati manusia, Dia tahu. 

Manusia ni siapalah, yang merasa dirinya cukup besar daripada orang lain. Luahan hati sebuah botol minuman pun tak mampu didengar. Cuma mampu menulis cerita-cerita riwayat hidup benda-bendaan yang mereka cipta, tapi tiada apa-apa pengajaran yang diambil. …

p/s: Aku kadang-kadang suka mengarut. Tapi bila fikir balik, dan banyak aku tulis dibuku tapi tak mampu ditulis di blog. Aku risau, kalau ada yang negative merasakan dia positive datang untuk membetulkan apa yang mereka rasa salah. Sesungguhnya, diri aku ini sangat lemah. Selemah benang yang basah, kalau pun kering pun masih tak mampu berdiri sendiri,

No comments:

Post a Comment