Betul kata akak, manusia tak boleh ditegur lembut, sebab
mereka dah besar panjang, boleh fikir sendiri. Lainlah kalau mereka adalah
anak-anak kecil yang memerlukan
perhatian sepanjang masa. Saya dah selalu berlembut dengan mereka, tapi tiada
mereka mendengar. Mereka fikir mereka pandai, mereka fikir mereka tahu apa yang
terbaik untuk mereka. Sia-sia saja akak, saya bukannya ceritakan tentang rahsia
alam, tetapi tentang perbuatan mereka yang salah, tidak beretika, bermusuhan,
perosak alam dan macam macam lagi.
Kalau yang ini pun mereka enggan, apatah lagi jikalau saya
memberitakan mereka tentang segalanya yang saya tahu, yang mereka tak tahu? Apa
yang saya patut buat akak? Saya buntu, sehinggakan kesabaran saya tercabar,
lalu mereka dimarahi saya. Mereka kelihatan takut. Seperti anak mata si kucing
yang membesar dek kerana kegelapan. Lalu mereka mengatakan saya gila dan saya
dijauhi mereka.
Tapi akak, antara mereka ada yang mengerti, yang memahami
perasaanku walaupun mereka tidak mengerti apakah perkabaranku. Setelah itu,
saya menjadi lemah, saya terus berputus asa. Saya tak pasti apa yang harus saya
lakukan seterusnya…
No comments:
Post a Comment