Wednesday 11 September 2013

Kerja dunia aku benci

Malas bersumpah seranah macam mana bagusnya kamu aku tak peduli.

Dia: Ni kenapa buat kerja tak betul? Lalok ke? Ingat kat boyfriend?
(Itu sahaja yang difikirnya, hal dunia. Tak ada pun yang akan cakap buat kerja tak betul sebab risau nak kiamat, sebab fikiran terusik dek tentang kerja dunia yang tidak pernah diimpikan pun.)

Wah gembiranya dia menjadi manusia.

Dia: Kita balik lewat sikit yea. Nak kena siapkan tender ni esok nak submit sebelum jam 3
(Tender pun tender juga, tapi sampai dah balik malam letihnya. Aku jadi runsing bila memikirkan aku punyai sedikit sahaja waktu untuk meluangkan masa dengan bacaan yang berguna. Ya lah kerja pun kerja, mananya masa peribadi aku? Tidur dah 6 jam, kerja sampai 12 jam dah tinggal 6 jam saja lagi. Makan, minum, pergi balik. So mananya masa free? Sudah lah pula tu kerja seminggu 5 hari? 2 hari saja rehat?

Manusia kejar apa sampai tak rehat ni? Nak apa?

Dia: Hey Bad(Bukan nama sebenar). Ko nak beli kereta baru ke? Bla...bla...bla (berbual tentang jenama kereta yang aku tak pernah ambil tahu pun)

Bad: Hah tu lah aku nak beli tp ingat nak tolak kereta A. Tapi kereta tu sayang sebab aku dah master bawak kereta tu. Ingat plak nak tolak kereta B tapi tu kereta wife aku bagi untuk birthday. Kereta Z plak bla bla bla........

(Haish...geram je aku dengar mereka berbual mahu aku bagi penumbuk pada mereka. Aku dimarahinya, katanya kerja tak reti buat. Lambat lah apalah. Mana tak lambatnya baru first time kerja seumur hidup macam mana nak tahu kalau tak ajar elok-elok. Apa kau fikir aku tahu ke apa yang kau buat? Semua tu bukan penting untuk aku pun. Yea, mungkin penting kot untuk kau supaya dapat kereta best, rumah besar.

Tapi kau rasa itu ke yang kau patut kejar di dunia ni? Sangat gembira ya jadi manusia, beli rumah yang habis-habis besar untuk berlindung, kereta pula tak cukup sepuluh. Apa kau fikir kau immortal ke? Lambat laun pun kalau kau tak mati, badan kau akan mereput, rumah dimakan anai-anai, kereta pun jua berkarat.

Aku tak peduli pun wahai manusia. Aku sumpah kau mati cepat, dan bila lahir lagi baru kau rasa bosan jadi manusia lagi. Baru tahu dah berapa lama dah kau bodoh jadi manusia hina. Kejar harta dunia yang kau tak boleh bawak balik 'rumah' pun. Jangan bila sudah hancur halus-halus macam kaca baru kau nak ternganga.

Sebenarnya aku tak kisah sangat pun apa yang kau nak sebab orang lain pun sama macam kau yang gembira jadi manusia. Tapi aku kisah kalau dah sampai kau judge aku sebagai seorang manusia macam kau. Kononnya aku tak hebat, dan kau hebat sangat. Tapi malangnya kau tak tahu, semua ini bukannya sebenar-benarnya. Semuanya ilusi yang kau nampak dan rasa tapi tak pernah ada :)

No comments:

Post a Comment