Tuesday 8 October 2013

Barang apa?


Aku di kejar oleh beberapa orang lelaki berkumpulan, pakaiannya kayak pengemis jalanan. Aku tak faham apa yang mereka nak dari aku. Tiba-tiba sahaja mereka menghampiriku dan mengeluarkan parang. Lalu aku terus melarikan diri. Aku lari sepantas yang termampu, tapi aku lemah lalu aku terjatuh lalu tersungkur ke tanah yang berpasir itu. Mereka yang tidak tahu letih terus mendapatkan aku. Dihelakan pisau tajam ke leher aku sambil tangan kirinya memeluk tubuhku, dibantu oleh yang lain menarik rambutku.

“Mana barang tu?” desaknya padaku

“Barang apa?!!!” aku yang keletihan terpinga-pinga tidak mengerti apa yang diingini.

“Kau jangan nak tipu aku! Nah rasakan padahnya” Lalu mereka menarik rambutku dengan kuat dan tanganku diguris tajam dengan pisau dan mengalirkan darah-darah merah.

“Percayalah,aku tak ada apa-apa!!!!” Aku menjerit kuat dan menangis kerana kesakitan.

Tiba-tiba angin dari Timur meniup daun-daun dengan kuat ke arah kami. Sahaja itu mereka melepaskanku. Dan mereka melarikan diri ketakutan seperti melihat hantu ataupun singa kelaparan. Aku menoleh ke Timur dan sekeliling. Tiada apa-apa. Lalu kedengaran satu suara…

“Sayang bangun lah dari tidurmu. Akanku selesaikan masalah di sini, pergilah ke duniamu di sana selesaikanlah masalahmu di sana. Dan setelah selesai segalanya akan ku seru namamu, Cinta. Cinta…Bangunlah sayang…”

“Emma!!!!!!! Emma!!!!” Kedengaran ibuku memanggil sayup..

“Bangun! Mak g keje dulu” Lantas kedengan pintu rumah ditutup kuat”

No comments:

Post a Comment