Wednesday 16 October 2013

Mimpi

Masa aku masih kecil aku selalu dihantui mimpi-mimpi yang sama. Mimpi yang tak jelas tetapi selalu menggangu tidur aku. Hampir tiap-tiap malam aku pasti akan terjaga dek kerana mimpi itu. Walaupun aku terjaga, dalam keadaan separa sedar itu membuatkanmimpi itu bersambung lagi seakan-akan ianya benar-benar terjadi. Yang menghairankan aku, aku hanya akan mengalami mimpi itu kalau aku bermalam di rumah arwah nenek.

Ketika aku terjaga, aku sedaya upaya untuk kembali tidur kerana ketakutan. Semua orang masih tidur dan aku terjaga dari tidur dan diperhatikan oleh makhluk ganjil dari tingkat atas. Aku tak pasti tentang makhluk itu kerana aku hanya melihatnya sekali. Aku pun tak berani nak menolehkan ke tingkat atas sebab dan pernah nampak. Cukuplah sekali. Tapi aku tak berani nak bercerita pada mak atau pun arwah nenek sebab aku pun tak tahu macam mana aku nak ceritakan pada mereka. Pasti mereka akan kata, aahhhh itu mimpi aja, jangan percaya.

Aku pun tak mahu percaya. Malas nak percaya sangat tapi ianya masih segar diingatan kerana ianya agak pelik. Sebab mimpi aku tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Cuma mimpi itu bukannya gambaran atau cerita tapi cuma perasaan. iaitu perasaan seoalah-olah aku berada di tempat lain. Tapi aku sedar yang aku sedang berbaring disisi adikku yang sedang nyenyak tidur. Aku seolah-olah diguling-gulingkan oleh sebuah palang batu yang kecil dan semakin membesar saiznya. Akupun tak faham dan tak tahu macam mana nak cerita yang pasti aku berguling-guling untuk selama-lamanya dalam mimpi tu. Inilah yang mengganggu aku hampir setiap malam. Setelah ibubapa aku berpindah kerumah sendiri, mimpi itu tiada lagi. Melainkan aku bermalam di rumah arwah nenek aku, pasti mimpi yang sama datang lagi.

No comments:

Post a Comment