Saturday 14 December 2013

Kisah Dua Puteri Bercerita

Di sebuah padang yang lapang, Aria berbaring di atas rumput hijau sambil meletakkan kepalanya di atas riba sahabatnya, Kira yang sedang duduk bersila. Kelihatanya mesra, entah kenapa suasa petang itu amat nyaman dan sayu. Mereka berdua termenung merenung langit yang kadangnya hijau, dan kadangnya biru yang hampir merah itu. Dengan tiba-tiba, Kira mendapati Aria menitiskan air mata. Lalu di bertanya,

“Kenapa ni Aria. Kau okay tak?”

“Aku telah berjanji pada Raja kita. Tapi sungguh berat benar ujian ini. Sungguh pun aku ikhlas, aku tetap terus menangis. Apa khabar rakyat aku disana. Apakah mereka bias memaafkan dosa-dosa puteri mereka ini. Aku mahu pulang. Aku rindu pada istana, rindu pada teman-teman aku disana.” Tangis Aria sambil mengesat air matanya.

“Sabarlah tuan puteri, beta pun sama. Ujian ini amat memenatkan. Beta sendiri pun rindu pada rakyat-rakyat beta sekalian. Raja kita yakni Tuhan kita, pasti lebih memahami. Bukankah janji pada Tuhan itu adalah amanah yang besar? Kita harus sabar. Kiamat pasti akan tiba juga.” Jelas Kira dengan lembut, sambil mengusap-usap kepala Aria supaya hati sahabatnya itu tenang kembali.

“Tak usah bertuan-tuan puteri pada aku. Kita sekarang hanyalah manusia biasa. Tak perlu juga berbeta-beta. Nanti orang kata kau gila Daulat mahu jadi Sultan!” Aria mengjelirkan lidah sambil mengkemukkan mukanya pada Kira.

“Hahaha, maaflah Aria. Aku rindu ingin berbahasa istana, dan juga bertitah” Balas Kira yang tergelak besar kerana lamunannya lagak puteri zaman dahulu kala.

“Ceritakanlah pada aku, apa yang terjadi semasa kita berjanji?” Aria kembali serius.

“Alangkah bagus jika kau sendiri mengingatinya. Aku takut kalau-kalau kau bilang aku tipu, ataupun mereka-reka ceritanya.” Kira kelihatan risau jika dia dituduh menipu ataupun mereka cerita.

“Aku pasti suatu hari nanti ingatan aku akan pulih kembali. Banyak mana pun yang aku ingat hanyalah pada suamiku dan juga rakyat-rakyatku. Hmm.. mana lah suami sekarang. Apakah dia juga lupa akan aku seperti yang lainnya? Apakah dia kuat untuk menghadapi ujian ini?” hatinya sebak merindui suaminya yang entah siapa, dia pun tidak mengetahuinya.

“Sabarlah, kalau kau pun kuat, pasti suamimu pun sama.” Pujuk Kira.

“Hmm” tangis Aria teresak-esak  “Ceritakanlah, kisah perjanjian raja-raja bersama Tuhan.”

“Ya baiklah, mana harus aku mula ya? Hmm… Seperti yang kau tahu, kita semua adalah raja-raja yang memimpin dikayangan. Tempatnya indah, tak seindah dunia sekarang. Rakyat-rakyat yang diperintah tiap-tiap raja hidup aman damai dan sejahtera. Sehinggalah tiba suatu hari. Semua raja-raja mendapat jemputan untuk mengadap Raja besar kita, Raja kepada segala raja yang juga Tuhan kepada kita.” Kira menarik nafas panjang dan kemudiannya menyambung ceritanya lagi.

“Disebutlah suatu kisah setelah raja-raja semua berkumpul,dipersembahkan satu makhluk yang aneh, diperbuat dari tanah. Sangat lembut kulitnya, ya itulah Muggle. Makhluk yang akan menjadi ketua di planet baru iaitu planet Semi. Setelah itu Raja besar bertitah, ‘Wahai raja-raja sekalian, sudikah kamu semua mendiami Semi dan menjadi Muggle?’ Maka semua raja-raja diam, ada juga yang berbisik antara mereka seakan-akan berbincang. Raja besar kelihatan marah, keadaan amat tegang. Lalu beberapa golongan raja, mengeluarkan titah untuk bersetuju menghadapi ujian tersebut. Lalu Raja besar bertitah lagi, ‘Akan aku tempatkan kamu semua dalam golongan yang mulia, yang akan dipermudahkan ujianmu di Semi nanti’. Lalu kemudiannya beberapa golongan raja lagi bersuara ingin menerima ujian tersebut, maka Raja besar betitah lagi, ‘Akan aku tempatkan kamu dalam golongan yang seterusnya,  Dan yang selebihnya, akan berada dalam golongan yang sebaliknya.’" dia diam seketika. Aria memegang erat tangannya memberi kekuatan pada sahabatnya untuk terus bercerita.

“Maka keadaan majlis tersebut, hingar bingar. Namun tiada siapa pun yang bisa membantah titah Raja besar itu. Kerana Raja besar itulah Raja segala-galanya. Tiada yang berani bersuara. Lalu Raja besar betitah, ‘ngatlah wahai raja-raja sekalian, janjilah kamu semua padaku akan taat setia pada perintahku.’ Semua raja-raja disana akur, kemudiannya pulang menyampaikan berita tersebut kepada rakyat-rakyat mereka masing-masing.”

“Hmmm.. Apakah benar kisah ini?”

“Itu terpulang kepada kau. Aku hanya bercerita apa yang aku tahu. Terpulang kepada kau untuk terima atau tak. Kau kan selalu kata ‘We choose what we want to believe’.” tambah Kira yang kemudian nencebikkan mulutnya. Soalan itu telah menyinggung perasaannya.

“Ya, tapi aku nak tahu, kalau nanti kita mati, kita balik ke kayangan ke?” Aria yang rasa bersalah kemudiannya bertanyakan akan hal yang lain.

“Entah, yang lepas mungkin kita ingat. Tapi yang akan datang, siapa tahu”

“Aku tak sabar nak pulang…I’m coming home, I’m coming home. tell the World I’m coming home. Let the rain wash away all the pain of yesterday.I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes. I’m coming home, I’m coming home. tell the World I’m coming” Aria menyanyi-nyanyi kecil lagu kegemarannya I'm coming home nyanyian Skylar Grey dan P. Diddy.

“Ewah menyanyi pula kau.. Bukan kau sorang je nak balik. Aku juga nak balik.”

“Kau rasa ada tak kat luar sana yang macam kita” Aria serius.

“Entahlah Aria. Kau rasa?”

“Aku takut.. Kita tak gila kan?” muka Aria yang serius amat menyeramkan.

“Kalau gila pun takpe, ada geng..Hahaha” Kira cuba mengubah riak muka sahabatnya itu sambil menepuk-nepuk bahunya.

“Ish kau ni. Jom lah balik dah hampir senja ni”

“Haha. Jom”Kira bangun lalu menghulurkan tangan kepada Aria untuk menariknya bangun.

---THE END--

Wednesday 27 November 2013

Tangis Lena



Ada air mata pun menitis lagi
Dia memanggil seseorang
“Abang…. Abang….. Tolong…
Emma tak kuat, Emma lemah, Emma perlukan abang…
Mana abang??”

Di dalam kegelapan malam itu dia teresak-esak
Walaupun dia tahu tiada yang mendengar
Dia cuma berharap Allah bisa menyalurkannya
Esakkannya masih lagi kedengaran..
“Mana Emma nak pergi abang?
Emma tak tahu apa yang Emma patut buat,
Bila abang nak datang?
Sampai bila Emma harus bertahan?”

Hatinya bergetar semakin kuat,
Darahnya mengalir deras,
Dia sangat lemah, selemah-lemahnya
Dia buntu, apakah hari esok masih sama
Sudah penat di menunggu,
Pasti hari seterusnya akan sama
Kosong..

Tangisannya bertambah deras,
Dia memaut bantal dengan erat,
Mengiring ke dinding yang penuh dengan contengan
“Abang, Emma tidur dulu, esok Emma panggil lagi”
Lalu dia pun lena dalam tangisan…

Aku sebuah botol minuman

Botol air kosong diisi. Habis minum isi lagi. Dah habis kemudian isi lagi. Ada airnya dibuang begitu saja digantikan dengan air yang baru. Sehinggalah botol itu tak mampu digunakan lagi barulah botolnya yang akan dibuang. Riwayat hidup, ‘Aku sebuah botol minuman’. Haha. Dulu masa zaman-zaman sekolah selalu kena buat karangan macam tu. Tapi kita ni manusia suka buat sesuatu tanpa mendalaminya. Karangan yang kita karang itulah yang member nyawa kepada benda yang dikarang. Sebuah botol minuman yang dahulunya tidak pernah terfikir pun tentang riwayat hidupnya kini sudah bernyawa dalam sebuah karangan yang dikarang oleh rata-ratanya anak-anak sekolah rendah.

Tapi benarkah botol itu bernyawa? Tiap-tiap sesuatu yang dicipta itu akan musnah seperti botol minuman tersebut akan buruk dan dibuang dan terus reput. Ada juga yang dibakar, untuk di kitar semula. Ya kehidupan baru. Bahkan manusia sekalipun akan musnah kerana jasad juga ciptaan yang maha Agung Allah SWT. Juga nanti kita akan di bangkitkan kembali dalam keadaan serba baru.
Aku sebuah botol minuman, aku juga punya perasaan. Amat gembira kerana masih baru. Tapi bila sudah tua, macam tahu saja akan dibuang. Ya, hidup manusia pun begitu. Akan tiba masanya seseorang yang selalu gembira diwaktu mudanya akan kesedihan di hari tua kerana meratapi sedihnya dirinya yang akan meninggalkan alam bumi ini. 

Tapi sebagai sebuah botol minuman, apa dia boleh buat? Dia bukannya tuannya. Berbeza dengan manusia. Kita boleh berdoa, kita tahu yang tuan kita mendengar tiap-tiap permintaan. Dan kita harus yakin. Siapa tahu, botol minuman itu pun berharap. Dan berharap itu juga satu permintaan dan juga doa. Cuma bezanya Allah maha mengetahui, maha segala-galanya. Sangat dekat dengan ciptaannya. Bahkan sebesar zarah sekali pun yang terdetik dihati manusia, Dia tahu. 

Manusia ni siapalah, yang merasa dirinya cukup besar daripada orang lain. Luahan hati sebuah botol minuman pun tak mampu didengar. Cuma mampu menulis cerita-cerita riwayat hidup benda-bendaan yang mereka cipta, tapi tiada apa-apa pengajaran yang diambil. …

p/s: Aku kadang-kadang suka mengarut. Tapi bila fikir balik, dan banyak aku tulis dibuku tapi tak mampu ditulis di blog. Aku risau, kalau ada yang negative merasakan dia positive datang untuk membetulkan apa yang mereka rasa salah. Sesungguhnya, diri aku ini sangat lemah. Selemah benang yang basah, kalau pun kering pun masih tak mampu berdiri sendiri,

Sunday 3 November 2013

Mimpi

Mimpi

Entah kenapa aku terdetik untuk menaip lagi. Mungkin aku terlalu bosan. Kosong. Dan tiada apa yang mampu mengisi kekosongan ini mahupun cinta seluas lautan. Tidak pernah cukup. Kosong itu bukan bermakna tiada apa-apa ataupun 'nothingness' ataupun ketidak wujudan. Kosong itu ada, yang pasti ianya ruang yang amat luas dan tiada mengisinya.

Sementara itu aku keletihan di petang hari.
Tak pernah aku berasa letih begini.
Lalu mata ku pejam.
 Dan pabila mataku dibuka, langit biru yang meluas di mata.
Tilamku rerumput hijau muda yang luas tiada penghujungnya.
Sesekali angin petang meniup,
maka bertebanganlah daun-daun kuning ke arah ku..
Lantas aku bangkit, rupa-rupanya sudah hampir senja.
Indahnya alam ini.
Sudah tentu penciptanya amat berbangga dengannya.
Sangat sempurna, tiada cacatnya.
Permandangan senja membuat aku terlupa yang ini hanyalah sebuah mimpi...

Mata dibuka, masih petang disini. Kepalaku sakit. Ya lah sudah lama tak tidur pada waktu petang macam ni. Lalu aku selak jendela, tingkap dibuka. Kereta berpusu-pusu, sangat bising. Hmmm.. Kenapalah mimpi itu lagi indah dari realiti? Seakan-akan mengajakku untuk tidur selamanya, dan hidup gembira di mimpi.

Diriku semakin lemah dek kerana realiti yang melukakan hati aku. Aku ingin gembira, ceria. Tapi hanya sementara. Duka pasti muncul jua. Hanya Allah sahaja yang tau betapa letihnya aku.

Sunday 20 October 2013

Luahan #2

Aku rasa mahu menulis,tetapi aku langsung tidak tahu apa yang aku mahu tulis. Dalam fikiran ku sedang bermain-main akan suatu. Iaitu kehidupan aku sebagai seorang gadis muslim yang biasa, apakah yang harus aku lakukan? Aku rasa mahu ketawa pada orang-orang disekeliling aku yang memandang rendah pada aku. Aku tak punya apa-apa. Pakaian yang dipakai yang sama saja. Dari baju,tudung,kasut dan yang lain-lain,semuanya sama. Kadang gilir-gilir saja pakainya. Ilmu pun,apa yang ada? Nak cakap bahasa Inggeris pun tak tau kan? Berita tentang busines negara kita pun tak tahu kan? Skill pula apa yang ada? Nak taip surat pun terhegeh-hegeh. Begitulah aku,pernah juga aku disindir sampaikan aku pejam mata dan terus berpaling,agar air mata aku tak kelihatan.

Ingin aku nyanyikan pada mereka isi hati ini. Aku bukan tak mahu bersungguh-sungguh. Tapi aku sudah letih,sehinggakan apa yang aku dapat tak pernah aku rasa gembira. Kerana itu bukan yang aku mahu,hatiku mahukan sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Jika diberikan kemewahan dunia,tidak aku gembira. Jika diberikan kasih sayang, tidak aku puas. Kerana hidup sebagai manusia membuatkan aku tidak puas. Semakin diberi semakin meminta. Hinggakan perasaan ini mengabaikan segalanya. Apapun yang aku mahu dan juga yang aku dapat,aku tak peduli. Itu tidak penting bagi aku,kerana aku bukannya akan menjadi manusia selamanya. Jasad ini juga akan reput suatu hari nanti.

Dan diriku ibarat menghitung hari-hari dalam masa yang sama aku mencari jawapan hatiku ini. Apakah yang aku mahu? Dimana tempatku? Siapakah aku? Kenapa aku? Dan macam-macam lagi yang berlegar-legar dikepala aku. Aku pun tak tahu apa lagi yang aku boleh tulis. Kalaupun aku terus menulis,mesti sama saja. Cuma corak penulisan saja yang berbeza,kerana aku masih mencari. Hari-hari aku sama, tiada hal lain yang mampu mendahului fikiran aku. Aku pun tak pasti, mahu menangis ataupun tidak. Air mata yang keluar itu hanya gambaran yang hati aku sedang bergetar didalam. Yang hati aku akan selalu menangis, yang tak mampu dilihat ataupun dirasa oleh orang lain. Tapi aku.

Wednesday 16 October 2013

Mimpi

Masa aku masih kecil aku selalu dihantui mimpi-mimpi yang sama. Mimpi yang tak jelas tetapi selalu menggangu tidur aku. Hampir tiap-tiap malam aku pasti akan terjaga dek kerana mimpi itu. Walaupun aku terjaga, dalam keadaan separa sedar itu membuatkanmimpi itu bersambung lagi seakan-akan ianya benar-benar terjadi. Yang menghairankan aku, aku hanya akan mengalami mimpi itu kalau aku bermalam di rumah arwah nenek.

Ketika aku terjaga, aku sedaya upaya untuk kembali tidur kerana ketakutan. Semua orang masih tidur dan aku terjaga dari tidur dan diperhatikan oleh makhluk ganjil dari tingkat atas. Aku tak pasti tentang makhluk itu kerana aku hanya melihatnya sekali. Aku pun tak berani nak menolehkan ke tingkat atas sebab dan pernah nampak. Cukuplah sekali. Tapi aku tak berani nak bercerita pada mak atau pun arwah nenek sebab aku pun tak tahu macam mana aku nak ceritakan pada mereka. Pasti mereka akan kata, aahhhh itu mimpi aja, jangan percaya.

Aku pun tak mahu percaya. Malas nak percaya sangat tapi ianya masih segar diingatan kerana ianya agak pelik. Sebab mimpi aku tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Cuma mimpi itu bukannya gambaran atau cerita tapi cuma perasaan. iaitu perasaan seoalah-olah aku berada di tempat lain. Tapi aku sedar yang aku sedang berbaring disisi adikku yang sedang nyenyak tidur. Aku seolah-olah diguling-gulingkan oleh sebuah palang batu yang kecil dan semakin membesar saiznya. Akupun tak faham dan tak tahu macam mana nak cerita yang pasti aku berguling-guling untuk selama-lamanya dalam mimpi tu. Inilah yang mengganggu aku hampir setiap malam. Setelah ibubapa aku berpindah kerumah sendiri, mimpi itu tiada lagi. Melainkan aku bermalam di rumah arwah nenek aku, pasti mimpi yang sama datang lagi.

Tuesday 15 October 2013

Memorikah bayangan-bayang ini atau permainan mindaku?

Aku susah nak lupa akan perkara-perkara lepas, malah aku selalu ingat sesuatu yang terjadi dan boleh jelaskan sesuatu cerita lepas secara detail. Kadang aku juga didatangi flash-flash seolah-olah ianya adalah memori. Yang menghairankan ialah itu semua bukan milik aku. Samada benar itu memori ataupun sekadar imaginasi ataupun mainan minda, aku pun tak tahi.

~~~~
Bayangan 1

Dulu aku pernah diterbayang seorang wanita melayu bertengkolok, beliau menggosokkan badan kuda tunggangannya lalu dilibas tali menuju kekawasan pergunungan. Setelah tiba, beliau menambat kudanya pada sebatang pokok. Lalu prang yang bersarung diikat ketat di pinggang, dan menggalas panah-panah untuk dikendong dan kemudiannya beliau masuk kedalam hutan bersama tujuannya.

~~~~
Bayangan 2

Seorang jelitawan yang cantik, menjadi pujaan lelaki dizamannya, ramai lelaki telah bersamanya namun beliau tidak puas, beliau merasakan cinta itu tidak pernah cukup untuknya. Sampai tia suatu hari beliau telah jatuh cinta pada seorang lelaki. Beliau dijadikan sebagai seorang perempuan simpanan lelaki tersebut. Walaupun beliau hanyalah seorang perempuan simpanan, beliau sangat gembira kerana dapat bersama lelaki yang dicintainya. Malah ramai lelaki-lelaki kaya dan berpangkat tinggi yang ingin memperisterikan beliau, tetapi ditolak kerana cintanya pada lelaki itu. Dan akhirnya beliau ditinggalkan keseorangan dan akhirnya beliau membunuh diri.

~~~~
Bayangan 3

Seorang wanita berambut perang, bermata biru yang merupakan seorang yang periang, Sedang berada di funfair bersama-sama teman lelakinya.

Bayangan ketiga tergantung kerana bayangan ini baru saja datang beberapa hari yang lalu. Hurm... aku tak pasti kenapa 3 wanita ini muncul dalam bayangan aku samaada aku tidur mahupun ketika aku termenung. Aku tak dapat jelaskan semua ni, aku harap mereka tidak akan datang kepada aku untuk meminta sesuatu yang aku tak dapat berikan.

Monday 14 October 2013

I'm going away for a while

I'm going away for a while
But I'll be back
Don't try to follow me
'Cause I'll return as soon as possible
See, I'm trying to find my place
But it might not be here where I feel safe

We all learn to make mistakes
And run from them, from them
With no direction
We'll run from them, from them
With no conviction

'Cause I'm just one of those ghosts
Travelin' endlessly
Don't need no roads
In fact, they follow me
And we just go in circles

And now I'm told that this is life
That pain is just a simple compromise
So we can get what we want out of it

Would someone care to classify?
Our broken hearts and twisted minds
So I can find someone to rely on
And run to them, to them
Full speed ahead
Oh, you are not useless
We are just

Misguided ghosts
Travelin' endlessly
The ones we trusted the most
Pushed us far away
And there's no one road
We should not be the same
But I'm just a ghost
And still they echo me
They echo me in circles 



Wednesday 9 October 2013

Syuhhhhhhhhh!


Tak wujud itu sukar dijelaskan, bagaimana bermula segalanya yang tak pernah ada?
Yakni sesuatu yang wujud itu tiada permulaan dan pengakhiran
Hal ini berkecuali pada perkara-perkara yang dicipta
Dimana semuanya akan musnah ditelan masa
Kerna masa pun juga dicipta
Malah masa juga ada awal dan akhirnya
Melainkan suatu yang tiada mula dan hujungnya
Tidak dicipta, mahupun dihapuskan
Ada(wujud),
Selalu ada,
Sentiasa ada,
Yang telah ada,
Juga yang sedang ada,
Dan yang akan ada,
Segalanya yang pernah ada dan selalu ada.

Sekalipun dibandingkan sesuatu yang WUJUD dan yang TIADA,
Tak tercapai difikiran dalam kalangan yang dicipta
Kerana sesuatu yang dicipta itu yang wujud dan yang tiada
Kerana yang dicipta juga bukan yang wujud dan bukan yang tiada
Kerana yang dicipta itu sebahagian dari yang WUJUD dan yang TIADA
Tapi sedarlah selagi yang dicipta itu merasa kewujudan
Tidakkah gentar mereka pada yang selalu ada?
Tidak gentarkah pada yang menciptakan mereka?
Kalau pun gentar apakah mereka memikirkannya?
Ataupun takut untuk memikirkannya?

Sudahlah, syuhhhhh…
Pergi tidur, dan setelah bangun fikirlah
Fikirlah dimana kamu ketika kamu tidur
Fikirlah apakah wujudnya kamu ketika tidur?
Kalau wujud sedarkah kamu?

Syuhhhhhh..
Kalaupun tak mahu, tidur sajalah
Kalau dah suka begitu suka hati kamulah
Aku mungkin tak marah
Tapi mungkin nanti kamu akan memarahi dirimu sendiri J


 -Baca boleh percaya jgn aku tengah mengarut je ni

Tuesday 8 October 2013

Barang apa?


Aku di kejar oleh beberapa orang lelaki berkumpulan, pakaiannya kayak pengemis jalanan. Aku tak faham apa yang mereka nak dari aku. Tiba-tiba sahaja mereka menghampiriku dan mengeluarkan parang. Lalu aku terus melarikan diri. Aku lari sepantas yang termampu, tapi aku lemah lalu aku terjatuh lalu tersungkur ke tanah yang berpasir itu. Mereka yang tidak tahu letih terus mendapatkan aku. Dihelakan pisau tajam ke leher aku sambil tangan kirinya memeluk tubuhku, dibantu oleh yang lain menarik rambutku.

“Mana barang tu?” desaknya padaku

“Barang apa?!!!” aku yang keletihan terpinga-pinga tidak mengerti apa yang diingini.

“Kau jangan nak tipu aku! Nah rasakan padahnya” Lalu mereka menarik rambutku dengan kuat dan tanganku diguris tajam dengan pisau dan mengalirkan darah-darah merah.

“Percayalah,aku tak ada apa-apa!!!!” Aku menjerit kuat dan menangis kerana kesakitan.

Tiba-tiba angin dari Timur meniup daun-daun dengan kuat ke arah kami. Sahaja itu mereka melepaskanku. Dan mereka melarikan diri ketakutan seperti melihat hantu ataupun singa kelaparan. Aku menoleh ke Timur dan sekeliling. Tiada apa-apa. Lalu kedengaran satu suara…

“Sayang bangun lah dari tidurmu. Akanku selesaikan masalah di sini, pergilah ke duniamu di sana selesaikanlah masalahmu di sana. Dan setelah selesai segalanya akan ku seru namamu, Cinta. Cinta…Bangunlah sayang…”

“Emma!!!!!!! Emma!!!!” Kedengaran ibuku memanggil sayup..

“Bangun! Mak g keje dulu” Lantas kedengan pintu rumah ditutup kuat”

Monday 7 October 2013

Luahan Jiwa

Meraung menangis kesedihan aku didepan cermin. Mak....Abah...dalam hati aku. Kekadang aku rasa rindu pada mereka. Kekadang muncul perasaan benci. Apakah ini? Kenapa aku rasa macam tu? Kalaupun aku ada saudara aku rasa aku tak perlukan mereka. Mereka sama sahaja macam orang lain. Malah lagi jauh untuk memahami berbanding yang lain. Apakah salah aku kerana aku jadi begini?

Aku pergi kepada sesiapa saja dimata, tetapi tak dilayani. Yang baik mahupun yang jahat sama saja. Yang baik tak mahu bersama aku, katanya aku jahat. Kata mereka aku sudah jauh lari landasan yang benar. Kalau pun aku pulang pada yang jahat, juga sama. Katanya aku tak seperti yang mereka inginkan. Telah aku relakan segala jiwa ragaku pada mereka, tapi sama. Terus aku berpindah-pindah tiada tujuan tetap. Merayau-rayau mencari manakah yang sudi menerima diri aku yang berbeda dari yang lain. Sungguh aku tak pinta jadi begini, telah aku cuba menjadi seperti mereka tapi tak berdaya. Sungguh pun tak terbilang aku mencuba, aku tetap sama. Aku tetap diriku yang terpinggir.

Telah ku seru, jiwa-jiwa yang simpati. Tapi mereka enggan, mereka bilang mereka masih mencari siapakah diri mereka, dan mana mungkin mereka membuang masa bersama-sama aku. Lalu aku jatuh, sedalam-dalamnya. Sambil meratapi kesedihan, tak tahu kemana lagi yang bisa ku adukan kesedihan ku. Lalu aku menulis di sini dengan harapan ada yang mengerti. Seperti mana tangisanku menitis ketika mengarang ayat-ayat duka ini, begitulah kau yang membaca. Apakah kau mengerti?

Dan tika ku menangis, apakah kau merasakannya? Jika mataku bisa berbicara, sudah tentu ceritanya amat teramat sedih mengalahkan segala kesedihan yang pernah tertulis olehku. Jika air mata ini terkumpul sudah tentu mampu mengairi sungai-sungai yang kekeringan lalu mencambahkan benih-benih pokok hijau yang menghiasi hutan-hutan sunyi, dan jika pokok-pokok hijau itu bisa berbicara, sudah tentu langit akan selalu mencurahkan hujan kerana turut bersedih. Dan seluruh bumi turut bersedih.

Pernahkah kau tidur dengan hati yang terluka? Menangis dalam kegelapan, serta ketakutan. Dan memeluk alas kepala sambil teresak-esak. Tak siapa yang tahu. Pernahkah kau? Jika kau tidur ditilamku pasti kau juga merasa yang sama. Begitu lah aku sejak beberapa malam ini. Dan jika kau baca ini, ambilah tangisan ku ini dan bawalah ia di kejauhan atau ditanam, agar ia tak kembali lagi. Semoga nanti aku tiada kesedihan lagi.

Sunday 6 October 2013

Saya Buntu


Betul kata akak, manusia tak boleh ditegur lembut, sebab mereka dah besar panjang, boleh fikir sendiri. Lainlah kalau mereka adalah anak-anak kecil  yang memerlukan perhatian sepanjang masa. Saya dah selalu berlembut dengan mereka, tapi tiada mereka mendengar. Mereka fikir mereka pandai, mereka fikir mereka tahu apa yang terbaik untuk mereka. Sia-sia saja akak, saya bukannya ceritakan tentang rahsia alam, tetapi tentang perbuatan mereka yang salah, tidak beretika, bermusuhan, perosak alam dan macam macam lagi.

Kalau yang ini pun mereka enggan, apatah lagi jikalau saya memberitakan mereka tentang segalanya yang saya tahu, yang mereka tak tahu? Apa yang saya patut buat akak? Saya buntu, sehinggakan kesabaran saya tercabar, lalu mereka dimarahi saya. Mereka kelihatan takut. Seperti anak mata si kucing yang membesar dek kerana kegelapan. Lalu mereka mengatakan saya gila dan saya dijauhi mereka.

Tapi akak, antara mereka ada yang mengerti, yang memahami perasaanku walaupun mereka tidak mengerti apakah perkabaranku. Setelah itu, saya menjadi lemah, saya terus berputus asa. Saya tak pasti apa yang harus saya lakukan seterusnya…