Saturday 14 December 2013

Kisah Dua Puteri Bercerita

Di sebuah padang yang lapang, Aria berbaring di atas rumput hijau sambil meletakkan kepalanya di atas riba sahabatnya, Kira yang sedang duduk bersila. Kelihatanya mesra, entah kenapa suasa petang itu amat nyaman dan sayu. Mereka berdua termenung merenung langit yang kadangnya hijau, dan kadangnya biru yang hampir merah itu. Dengan tiba-tiba, Kira mendapati Aria menitiskan air mata. Lalu di bertanya,

“Kenapa ni Aria. Kau okay tak?”

“Aku telah berjanji pada Raja kita. Tapi sungguh berat benar ujian ini. Sungguh pun aku ikhlas, aku tetap terus menangis. Apa khabar rakyat aku disana. Apakah mereka bias memaafkan dosa-dosa puteri mereka ini. Aku mahu pulang. Aku rindu pada istana, rindu pada teman-teman aku disana.” Tangis Aria sambil mengesat air matanya.

“Sabarlah tuan puteri, beta pun sama. Ujian ini amat memenatkan. Beta sendiri pun rindu pada rakyat-rakyat beta sekalian. Raja kita yakni Tuhan kita, pasti lebih memahami. Bukankah janji pada Tuhan itu adalah amanah yang besar? Kita harus sabar. Kiamat pasti akan tiba juga.” Jelas Kira dengan lembut, sambil mengusap-usap kepala Aria supaya hati sahabatnya itu tenang kembali.

“Tak usah bertuan-tuan puteri pada aku. Kita sekarang hanyalah manusia biasa. Tak perlu juga berbeta-beta. Nanti orang kata kau gila Daulat mahu jadi Sultan!” Aria mengjelirkan lidah sambil mengkemukkan mukanya pada Kira.

“Hahaha, maaflah Aria. Aku rindu ingin berbahasa istana, dan juga bertitah” Balas Kira yang tergelak besar kerana lamunannya lagak puteri zaman dahulu kala.

“Ceritakanlah pada aku, apa yang terjadi semasa kita berjanji?” Aria kembali serius.

“Alangkah bagus jika kau sendiri mengingatinya. Aku takut kalau-kalau kau bilang aku tipu, ataupun mereka-reka ceritanya.” Kira kelihatan risau jika dia dituduh menipu ataupun mereka cerita.

“Aku pasti suatu hari nanti ingatan aku akan pulih kembali. Banyak mana pun yang aku ingat hanyalah pada suamiku dan juga rakyat-rakyatku. Hmm.. mana lah suami sekarang. Apakah dia juga lupa akan aku seperti yang lainnya? Apakah dia kuat untuk menghadapi ujian ini?” hatinya sebak merindui suaminya yang entah siapa, dia pun tidak mengetahuinya.

“Sabarlah, kalau kau pun kuat, pasti suamimu pun sama.” Pujuk Kira.

“Hmm” tangis Aria teresak-esak  “Ceritakanlah, kisah perjanjian raja-raja bersama Tuhan.”

“Ya baiklah, mana harus aku mula ya? Hmm… Seperti yang kau tahu, kita semua adalah raja-raja yang memimpin dikayangan. Tempatnya indah, tak seindah dunia sekarang. Rakyat-rakyat yang diperintah tiap-tiap raja hidup aman damai dan sejahtera. Sehinggalah tiba suatu hari. Semua raja-raja mendapat jemputan untuk mengadap Raja besar kita, Raja kepada segala raja yang juga Tuhan kepada kita.” Kira menarik nafas panjang dan kemudiannya menyambung ceritanya lagi.

“Disebutlah suatu kisah setelah raja-raja semua berkumpul,dipersembahkan satu makhluk yang aneh, diperbuat dari tanah. Sangat lembut kulitnya, ya itulah Muggle. Makhluk yang akan menjadi ketua di planet baru iaitu planet Semi. Setelah itu Raja besar bertitah, ‘Wahai raja-raja sekalian, sudikah kamu semua mendiami Semi dan menjadi Muggle?’ Maka semua raja-raja diam, ada juga yang berbisik antara mereka seakan-akan berbincang. Raja besar kelihatan marah, keadaan amat tegang. Lalu beberapa golongan raja, mengeluarkan titah untuk bersetuju menghadapi ujian tersebut. Lalu Raja besar bertitah lagi, ‘Akan aku tempatkan kamu semua dalam golongan yang mulia, yang akan dipermudahkan ujianmu di Semi nanti’. Lalu kemudiannya beberapa golongan raja lagi bersuara ingin menerima ujian tersebut, maka Raja besar betitah lagi, ‘Akan aku tempatkan kamu dalam golongan yang seterusnya,  Dan yang selebihnya, akan berada dalam golongan yang sebaliknya.’" dia diam seketika. Aria memegang erat tangannya memberi kekuatan pada sahabatnya untuk terus bercerita.

“Maka keadaan majlis tersebut, hingar bingar. Namun tiada siapa pun yang bisa membantah titah Raja besar itu. Kerana Raja besar itulah Raja segala-galanya. Tiada yang berani bersuara. Lalu Raja besar betitah, ‘ngatlah wahai raja-raja sekalian, janjilah kamu semua padaku akan taat setia pada perintahku.’ Semua raja-raja disana akur, kemudiannya pulang menyampaikan berita tersebut kepada rakyat-rakyat mereka masing-masing.”

“Hmmm.. Apakah benar kisah ini?”

“Itu terpulang kepada kau. Aku hanya bercerita apa yang aku tahu. Terpulang kepada kau untuk terima atau tak. Kau kan selalu kata ‘We choose what we want to believe’.” tambah Kira yang kemudian nencebikkan mulutnya. Soalan itu telah menyinggung perasaannya.

“Ya, tapi aku nak tahu, kalau nanti kita mati, kita balik ke kayangan ke?” Aria yang rasa bersalah kemudiannya bertanyakan akan hal yang lain.

“Entah, yang lepas mungkin kita ingat. Tapi yang akan datang, siapa tahu”

“Aku tak sabar nak pulang…I’m coming home, I’m coming home. tell the World I’m coming home. Let the rain wash away all the pain of yesterday.I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes. I’m coming home, I’m coming home. tell the World I’m coming” Aria menyanyi-nyanyi kecil lagu kegemarannya I'm coming home nyanyian Skylar Grey dan P. Diddy.

“Ewah menyanyi pula kau.. Bukan kau sorang je nak balik. Aku juga nak balik.”

“Kau rasa ada tak kat luar sana yang macam kita” Aria serius.

“Entahlah Aria. Kau rasa?”

“Aku takut.. Kita tak gila kan?” muka Aria yang serius amat menyeramkan.

“Kalau gila pun takpe, ada geng..Hahaha” Kira cuba mengubah riak muka sahabatnya itu sambil menepuk-nepuk bahunya.

“Ish kau ni. Jom lah balik dah hampir senja ni”

“Haha. Jom”Kira bangun lalu menghulurkan tangan kepada Aria untuk menariknya bangun.

---THE END--

1 comment:

  1. Jom balek.. da terasa lama betol kita disini kann.. :-p

    ReplyDelete