Wednesday 9 October 2013

Syuhhhhhhhhh!


Tak wujud itu sukar dijelaskan, bagaimana bermula segalanya yang tak pernah ada?
Yakni sesuatu yang wujud itu tiada permulaan dan pengakhiran
Hal ini berkecuali pada perkara-perkara yang dicipta
Dimana semuanya akan musnah ditelan masa
Kerna masa pun juga dicipta
Malah masa juga ada awal dan akhirnya
Melainkan suatu yang tiada mula dan hujungnya
Tidak dicipta, mahupun dihapuskan
Ada(wujud),
Selalu ada,
Sentiasa ada,
Yang telah ada,
Juga yang sedang ada,
Dan yang akan ada,
Segalanya yang pernah ada dan selalu ada.

Sekalipun dibandingkan sesuatu yang WUJUD dan yang TIADA,
Tak tercapai difikiran dalam kalangan yang dicipta
Kerana sesuatu yang dicipta itu yang wujud dan yang tiada
Kerana yang dicipta juga bukan yang wujud dan bukan yang tiada
Kerana yang dicipta itu sebahagian dari yang WUJUD dan yang TIADA
Tapi sedarlah selagi yang dicipta itu merasa kewujudan
Tidakkah gentar mereka pada yang selalu ada?
Tidak gentarkah pada yang menciptakan mereka?
Kalau pun gentar apakah mereka memikirkannya?
Ataupun takut untuk memikirkannya?

Sudahlah, syuhhhhh…
Pergi tidur, dan setelah bangun fikirlah
Fikirlah dimana kamu ketika kamu tidur
Fikirlah apakah wujudnya kamu ketika tidur?
Kalau wujud sedarkah kamu?

Syuhhhhhh..
Kalaupun tak mahu, tidur sajalah
Kalau dah suka begitu suka hati kamulah
Aku mungkin tak marah
Tapi mungkin nanti kamu akan memarahi dirimu sendiri J


 -Baca boleh percaya jgn aku tengah mengarut je ni

2 comments:

  1. Benda yang tak ada memang tak ada..so, tuhan itu tiada bagi benda yang tiada..tuhan itu ada, maka kita ada juga. sebab tu seorang insan takkan boleh terpisah dari kenyataan bahawa tuhan itu ada. jika tuhan itu tiada masakan seseorang itu ada? dan percayalah seseorang itu bukan tuhan, tetapi sangat dekat dengan tuhan. sehinggakan jika seseorang itu terlalu taksub, maka ada yang menyimpang yang mengatakan bahawa dialah tuhan. sedangkan tuhan itu bukan seperti manusia. amat jauh bedanya. sedarilah bahawa tuhan itu tidak kejam untuk menganugerahkan sedikit kewujudanNya pada makhlukNya, oleh itu kita harus bersyukur untuk merasa nikmat ini,berbanding yang tidak wujud tak merasa apa-apa, dan memang tak ada apa-apa. keperitan yang dirasa pada waktu ini adalah kerana kita jauh, jauh kerana kita tidak mengenaliNya. sesungguhnya hidup seseorang itu tak akan tenang, tak akan lengkap mahupun sempurna tanpa pengertian kepada tuhan yang menciptakan.

    ReplyDelete
  2. tiada masa, ilusi mungkin benar akan musnah...

    ReplyDelete