Sunday 3 November 2013

Mimpi

Mimpi

Entah kenapa aku terdetik untuk menaip lagi. Mungkin aku terlalu bosan. Kosong. Dan tiada apa yang mampu mengisi kekosongan ini mahupun cinta seluas lautan. Tidak pernah cukup. Kosong itu bukan bermakna tiada apa-apa ataupun 'nothingness' ataupun ketidak wujudan. Kosong itu ada, yang pasti ianya ruang yang amat luas dan tiada mengisinya.

Sementara itu aku keletihan di petang hari.
Tak pernah aku berasa letih begini.
Lalu mata ku pejam.
 Dan pabila mataku dibuka, langit biru yang meluas di mata.
Tilamku rerumput hijau muda yang luas tiada penghujungnya.
Sesekali angin petang meniup,
maka bertebanganlah daun-daun kuning ke arah ku..
Lantas aku bangkit, rupa-rupanya sudah hampir senja.
Indahnya alam ini.
Sudah tentu penciptanya amat berbangga dengannya.
Sangat sempurna, tiada cacatnya.
Permandangan senja membuat aku terlupa yang ini hanyalah sebuah mimpi...

Mata dibuka, masih petang disini. Kepalaku sakit. Ya lah sudah lama tak tidur pada waktu petang macam ni. Lalu aku selak jendela, tingkap dibuka. Kereta berpusu-pusu, sangat bising. Hmmm.. Kenapalah mimpi itu lagi indah dari realiti? Seakan-akan mengajakku untuk tidur selamanya, dan hidup gembira di mimpi.

Diriku semakin lemah dek kerana realiti yang melukakan hati aku. Aku ingin gembira, ceria. Tapi hanya sementara. Duka pasti muncul jua. Hanya Allah sahaja yang tau betapa letihnya aku.

No comments:

Post a Comment