Friday 13 September 2013

Terkilan pada orang lain

Mana pun aku pergi, aku akan dambakan sesuatu. Ya, tapi kelihatannya mendapatkan sesuatu memang susah. Terutamanya kalau nak dapatkan sesuatu tu dari manusia. Kerana manusia yang memiliki menghadapi ujian yang amat besar, mereka akan mudah menjadi bongkak, sombong dan mementingkan diri sendiri. Mungkin mereka fikir mereka ada sesuatu yang orang lain nak, jadi mereka menjadi megah. Sedangkan mereka lupa pada suatu hakikat yang apa-apa pun yang mereka ada samada ilmu mahupun harta adalah Allah yang punya.

Di Facebook pun sama, hanya kerana aku tak mampu mengeluarkan kenyataan yang indah-indah seperti mereka, aku tidak dilayaninya. Ya, biarlah. Cuma agak terkilan.

No comments:

Post a Comment