Thursday 19 September 2013

She is broken

Takala pagi masih gelap,
takala manusia lena dibuai mimpi,
aku tahu dia lagi sedih dan sendiri
memeluk lututnya disuatu sudut bilik yang kosong

Tangisnya tiada henti,
kesetiap malamnya begitulah
telah diluahkan segalanya
tiada yang mampu memahami
tiada juga yang mampu bersimpati

Lalu ditujunya ke suatu bilik yang kosong
dinding disandar
menangis lagi...

Rambut tak terurus
makan tiada terjaga
mandinya pun tidak

Dia tidak mengerti mengapa
dia tak faham kenapa
dia tak tahu macam mana...

Tapi katanya mahu pulang...



p/s: Sajak ni sesuai dengan iringan muzik ni. Baca sambil dengar muzik ni.


1 comment: