Monday 20 January 2014

Aku

Aku bukan mereka. Kerana aku adalah aku.
Bukan kamu, dia, atau mereka.
Kalau kau ingin mengetahui siapa aku, jangan mencari di dunia nyata.
Kerana aku hanya ada di dunia maya.
Aku yang nyata dan aku yang maya berbeza.
Aku yang nyata bukan "aku" yang menulis tentang "diri" dan "perasaan".
Hanya seorang gadis bodoh yang biasa menjalani kehidupan dengan senyuman.
Berusaha untuk mencerahkan masa depannya.
Seakan-akan orang yang sedang tidur di alamnya
Tiada yang mengenali aku adalah aku yang maya
Aku yang maya adalah "aku" yang dapat mencurahkan isi hatinya pada tulisan.
Lebih melakonlis.
Tapi, aku yang nyata dan aku yang maya mempunyai persamaan.
Tegar. Sifat itu yang melekat diantara dua "aku".

1 comment: